Gambar Ihsan TANPA BAYANG
Udang Kara merupakan makanan eksklusif di hotel dan restoran ternama, sajian udang kara pasti memikat selera sesiapa saja. Ia mempunyai kandungan kolesterol yang sangat rendah dan tinggi protein. Malah, harganya lebih baik daripada udang galah dan lebih berat timbangannya. Di pasaran, harga bagi yang bersaiz enam inci ialah RM60 sekilogram. Ini menjadikan udang kara mampu dinikmati harganya yang berpatutan. Itulah spesies udang kara air tawar atau Blue (Cherax quadricarinatus) atau dikenali sebagai Blue lobster dan red claw.
Udang kara air tawar yang berasal dari Australia ini paling sesuai hidup di air tawar dalam keadaan pH7 ke. Saiz matang udang ini ialah dalam lingkungan 8 inci hingga 14 inci. Bagaimanapun, oleh kerana warnanya menarik iaitu kebiru-biruan dan berbintik putih, pengguna seluruh dunia cenderung menjadikan spesies air tawar ini sebagai hiasan akuarium. Saiz akuarium yang sesuai bagi udang kara dewasa sekurang-kurangnya berukuran 38 liter yang boleh menempatkan sepasang udang kara.
Penternakan udang kara sangat mudah dan kosnya sangat rendah yang mana kadar kematiannya adalah rendah berbanding spesies lain. Bahantara (medium) yang sesuai digunakan bagi dasar akuarium ialah batu sungai halus (freshwater gravel) atau pasir sungai. Kayu bakau yang telah direndam dengan air tawar boleh digunakan untuk menyediakan kawasan perlindungan udang kara tersebut. Kebanyakan udang kara ini mempunyai
berpeluang atau apabila sumber makanan terhad. Karnivorisme selalu berlaku ketika udang melengkapkan proses penukaran kulit cangkerangnya (kulit udang yang baru adalah lembut selepas kulit asal ditanggalkan).
Ruang yang terhad dan kekurangan tempat persembunyian juga menyebabkan udang kara memakan sesama sendiri. Suhu air yang sesuai ialah antara 27 hingga 30 darjah Celsius. Udang kara juga bersifat omnivor dalam jenis pemakanannya iaitu ia akan memakan apa sahaja benda yang boleh dimakan di dalam akuarium. Pelet amat sesuai sebagai makanan udang kara yang boleh dibeli di kedai akuarium. Makanan pelet ikan tilapia boleh juga digunakan sebagai makanan udang ini asalkan pelet itu boleh tenggelam di dalam dasar air.
Semasa proses penukaran kulit cangkerang, udang ini akan memakan semula kulit cangkerang yang ditanggalkan dari badannya untuk mendapatkan nutrien gentian bagi proses tumbesaran semula cangkerang. Proses pembiakan berlaku apabila undang kara mencapai saiz antara tiga hingga empat inci. Udang jantan akan memindahkan sperma kepada udang betina dan telur akan dibawa di bahagian bawah perut udang betina. Telur udang akan menetas dalam tempoh 40 hari selepas disenyawakan. Setiap induk betina mampu bertelur antara 50 hingga 1,500 ekor anak setiap kali bertelur. Induk mampu bertelur tiga kali setahun. Ia amat mudah dipelihara dan dikendalikan oleh setiap golongan.
0 Comments