Bagaimanakah cara memulakan projek menternak udang galah?



Bagi memulakan projek ternakan Udang Galah, penternak perlu pastikan tapak tanah yang dipilih sesuai dengan jenis ternakan yang hendak dibuat. 

Tapak mestilah berdekatan dengan sungai air tawar dan bebas daripada pencemaran. Udang Galah lebih sesuai diternak dalam kolam tanah dan penternak perlu memastikan bekalan air juga mencukupi untuk sepanjang tempoh ternakan. 

Bentuk kolam yang disyorkan adalah kolam empat segi tepat bersaiz 0.2ha dengan kedalaman 1.2m. Adalah dianggarkan kos pembinaan kolam tanah bersaiz 0.1ha lengkap dengan inlet dan outlet adalah lebih kurang RM2000 - RM2500. 

Kadar tebaran yang disyorkan adalah diantara 10-20 ekor/m2 dan penggunaan alat pengudaraan seperti paddle wheel adalah perlu. 

Ternakan Udang Galah secara komersial adalah bergantung kepada makanan rumusan yang mengandungi kandungan protein diantara 28-35%. 

Jangkamasa ternakan ialah diantara 5-6 bulan (saiz hasil 25gm-30gm seekor). 

Tuan juga boleh menghubungi Bahagian Pembangunan Sumber Manusia yang menawarkan kursus Ternakan Udang Galah di PPA Perlok, Pahang. 

Tuan boleh menghubungi Pejabat Perikanan Negeri dan Daerah di tempat tuan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengusaha hatceri dan pembekal peralatan. 

Nombor telefon dan alamat boleh diperolehi daripada laman web Jabatan di https://www.dof.gov.my  > Dof Negeri  > Direktori Kakitangan

Post a Comment

0 Comments