Akuaponik adalah gabungan Akuakulutur (ternakan ikan air tawar) dan Hidroponik (kaedah pertanian berasaskan air). Akuakultur dan Hidroponik mempunyai masalah tersendiri dan dengan menggunakan kaedah Akuaponik, kedua-dua masalah ini dapat diselesaikan secara serentak dan lebih produktif dalam pengeluaran hasil pertanian dan ternakan.
Masalah dalam Ternakan Akuakultur :
Tahap amonia dalam kolam perlu dipantau.
Tahap amonia yang tinggi menyebabkan ternakan akan mati.
Dalam tempoh tertentu, air perlu ditukar.
Memerlukan sistem penapisan air yang khusus untuk mengasingkan 'solid waste'didalam kolam atau tangki.
Masalah dalam Pertanian Secara Hidroponik :
Kos nutrien yang tinggi.
Perlu kepakaran tinggi untuk penyediaan nutrien.
Dalam tempoh tertentu, air perlu ditukar.
Terhad kepada tanaman tertentu sahaja.
Perlukan perhatian yang lebih dan amat sensitif terhadap tahap nutrien dan air.
Rujuk Artikel : akuaponik.my
google-site-verification: googlef9768e8685b230dc.html
0 Comments