Adakah Potensi Pasaran Untuk Ternakan Udang Kara Air Tawar Masa Kini?



Udang Kara Air Tawar (Red Claw) atau Blue Lobster (Cherax quadricarinatus) merupakan spesies yang berasal dari Australia. Mempunyai warna yang menarik iaitu kebiru-biruan dan berbintik putih. Spesies ini paling sesuai hidup di air tawar dalam keadaan pH 7. Saiz matang udang ini ialah dalam lingkungan 8 inci hingga 14 inci.

Telah diperkenalkan di seluruh dunia sebagai spesies peliharaan dan juga untuk industri akuakultur. Walau bagaimanapun beberapa kajian telah menyatakan bahawa udang ini telah memberi impak yang tidak menyenangkan.

Beberapa kajian di Australia telah menjumpai perkaitan kultur udang “Red Claw” ini dengan penyakit berjangkit. Contohnya, penyakit parasit seperti Rikettsia dikaitkan dengan penyakit berjangkit kepada manusia (Romero & Jimenez, 2002) dan parasit ini telah dijumpai di dalam beberapa udang kara “Red Claw” yang diternak di Australia.
Di beberapa buah ladang ternak udang kara yang lain, jangkitan virus menyerupai Parvoviridae telah menyebabkan kematian yang tinggi dan ini menambahkan lagi kebimbangan mengenai penyakit yang dibawa oleh udang kara “Red Claw” ini. (Bowater et al 2002) Jabatan pada dasarnya memandang serius kemasukan spesies tersebut dan langkah berjaga – jaga perlu dilakukan bagi memastikan spesies tersebut tidak invesif dan menjadi pemangsa kepada spesies – spesies tempatan sekiranya ianya terlepas di perairan luar.

Perkara ini adalah perlu dilaksanakan bagi memastikan spesies udang kara air tawar yang akan diternak tersebut selamat dan tidak merbahaya, tidak mendominasikan sesuatu perairan dan mengancam spesies tempatan yang lain.

Oleh itu, pengusaha yang ingin membawa masuk dan menjalankan ternakan ini perlu mendapatkan kelulusan rasmi dan syarat berikut perlu dipatuhi:

1.    Kelulusan untuk mengimport “Red Claw” yang hidup hanya terhad kepada spesies Cherax quadricarinatus untuk tujuan ternakan sahaja.

2.    Setiap konsainan yang membawa “Red Claw” perlu disertakan bersama Sijil Kesihatan (Health Certificate) dan juga Sijil Tempasal (Certificate of Origin) yang dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab (Competent Authority) negara pengeksport.

3.    Hanya “Red Claw” yang hidup bersaiz tidak kurang dari 50 gm dibenarkan untuk diimport. Pengangkutan bagi induk betina adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat kes pengimportan “Red Claw” yang melebihi saiz 50 gm, pengimport perlu mematuhi prosedur kuarantin serta menyediakan dokumen berkaitan dari pihak bertanggungjawab (Competent Authority) negara pengeksport.

4.    Sebarang aktiviti yang melibatkan ternakan “Red Claw” perlu mendapat kelulusan dari Jabatan Perikanan Malaysia. Sebarang pengangkutan terhadap ternakan yang melibatkan pengangkutan dari satu premis ke premis yang lain juga perlu mendapat kebenaran dari Jabatan Perikanan Malaysia.

5.    Penternak perlu mengamalkan sistem ternakan yang terkawal, termasuk mengambil kita tindakan untuk menghalang spesies ini dari terlepas ke perairan umum. Langkah – langkah seperti memagar di sekeliling kawasan ternakan dan menyediakan kawasan khas sebagai kolam rawatan untuk air buangan adalah dicadangkan.

6.    Sebarang penjualan atau pergerakan spesies “Red Claw” yang hidup di dalam negara juga perlu mendapat kelulusan dari Jabatan Perikanan Malaysia.

7.    Premis ternakan serta kemudahan yang disediakan untuk menternak spesies ini perlu dipantau/diperiksa dari masa ke semasa oleh pihak Jabatan Perikanan Malaysia bagi memastikan semua garis panduan ini diikuti.

Post a Comment

0 Comments