How To Breed Betta Fish
BETTA BREEDING
Berbalik pada ikan laga, spesis ini agak mudah dibiakkan kerana ia jenis air breather dan bubble nester. air breather maknanya tak perlu pakai aeration sebab dia ambil o2 dri udara. Bubble nester maknanya dengan mudah kita boleh tahu ikan ini dah sedia nak jadi parent sebab dia dah buat sarang.
Bahan-bahannya:
1. 2 pasang ikan laga disimpan berasingan dulu
2. Bekas atau akuarium, lagi besar lagi baik tak perlu tukar air
kerap
3. Air yang tiada klorin air hujan, sungai kalau guna air paip takung
dulu biar 2 hari baru guna untuk nyah klorin
4. 2 helai daun ketapang kering
5. Kalau ada lumut jenis elodea baik juga untuk bekalkan infusoria
sejenis makanan mikro utk rega
6. Sekeping kecil polystyrene yang terapung untuk di jadikan tapak
sarang
Ikan laga jantan biasanya dalam bekas individu tak boleh ada dua dalam satu bekas depa akan gaduh, yang betina lak dlm tangki komuniti gaduh sikit-sikit aje. Jadi tak mungkin boleh kena tipu
Cara nk pilih ikan jantan
1. Berwarna terang kalau biru biru betul2 jangan biru pudar
2. Ada buih pada permukaan bekas, buih ni berkumpul tidak
terabur makna dia dah ready nak cari pasangan
3. pergerakan pernafasan adalah tenang tidak tercungap2 dan
penutup insang tidak berbuka kalau terbuka maknanya ia
mengalami kerosakan insang. Biasanya akan mati lepas
spawning sebab exhausted.
4. Bergerak aktif walaupun bekas dia kecil kalau lepak je kat bawah
jangan ambil tak berapa sehat jadi lambat sikit nk conditionkan
Cara pilih ikan betina
1. Lebih kurang sama macam ikan jantan
2. Di bawah perut ada satu titik putih yang menonjol kalau
kelihatan ketara makna telurnya telah berkembang sepenuhnya
dan hampir matang
3. Terdapat jalur menegak pada badan tapi hanya akan ketara bila
ada jantan diletak bersebelahan selama beberapa minit
Ikan laga jantan biasanya dalam bekas individu tak boleh ada dua dalam satu bekas depa akan gaduh, yang betina lak dlm tangki komuniti gaduh sikit-sikit aje. Jadi tak mungkin boleh kena tipu
Cara nk pilih ikan jantan
1. Berwarna terang kalau biru biru betul2 jangan biru pudar
2. Ada buih pada permukaan bekas, buih ni berkumpul tidak
terabur makna dia dah ready nak cari pasangan
3. pergerakan pernafasan adalah tenang tidak tercungap2 dan
penutup insang tidak berbuka kalau terbuka maknanya ia
mengalami kerosakan insang. Biasanya akan mati lepas
spawning sebab exhausted.
4. Bergerak aktif walaupun bekas dia kecil kalau lepak je kat bawah
jangan ambil tak berapa sehat jadi lambat sikit nk conditionkan
Cara pilih ikan betina
1. Lebih kurang sama macam ikan jantan
2. Di bawah perut ada satu titik putih yang menonjol kalau
kelihatan ketara makna telurnya telah berkembang sepenuhnya
dan hampir matang
3. Terdapat jalur menegak pada badan tapi hanya akan ketara bila
ada jantan diletak bersebelahan selama beberapa minit
Sambung bab 2 : Spawning
Peringatan, spawning ni berlangsung dalam masa 24 jam je, kalau tak jadi bertelur keluarkan balik ikan betina jika tak boleh kena belasah sampai mati.
1. Jika ada paip pvc 1/2 inci diameter potong dalam 3 inci panjang
dan masukkan dalam tempat nak spawning jadi ikan betina
boleh
bersembunyi dan beristirehat sebelum atau selepas bertelur.
2. Lepaskan ikan betina ke dalam tempat ikan jantan pada pukul 3
petang, biasanya jika
3. Biarkan semalaman, esok paginya sehingga tengahari mereka
akan mula mengawan, biasanya tempoh mengawan ni
memakan masa selama 2 jam.
4. Bila selesai saja mengawan ikan betina mesti dikeluarkan
dengan segera (ikan betina mula dihalau dari tempat bertelur)
ikan jantan amat cemburu semasa menjaga telur dan anak2,
tidak ada ikan lain dibenarkan hampir.
5. Telur2 ini akan menetas dalam masa 24 jam, telur yang tidak
disenyawakan akan dimakan oleh ikan jantan bagi mengelakkan
serangan fungus terhadap telur2 yang lain.
Bab 3: Penjagaan rega
Asas bagi penjagaan rega ialah makanan, mutu air dan penyakit dan ketiga-tiga ini berkaitan antara satu sama lain. Penjagaan rega ikan laga dibahagi kepada tiga bahagian berdasarkan kepada umur rega iaitu a) hari 1 hingga 4, b) hari 4 hingga 14 dan c) hari 15 hingga 30.
a) Hari 1 hingga 4
1. Makanan tidak diperlukan lagi sebab rega mendapat bekalan
makanan dari sisa kuning telur. Kuning telur habis diserap
oleh rega pada usia tiga hari
2. Tutup akuarium bagi menggelak perubahan suhu yang ketara
terutama pada waktu malam (suhu turun 24 celsius). Rega
biasanya berada hampir dengan permukaan air, suhu sejuk
menyebabkan 'chilling' pada rega dan boleh melemahkan dan
berakhir dengan kematian.
b) Hari 4 hingga 14
1. Makanan - kuning telur, infusoria, rotifer dan microworm
penyediaan kuning telur
Rebus sebiji telur ayam gunakan kuning sahaja
Cubit sebesar kuku jari kelingking campur dalam air 300ml
Blender selama 1 minit
Titiskan 2 atau 3 titik ke dalam akuarium 2 kali sehari
Jangan bubuh terlalu banyak jika tidak air dalam akuarium akan busuk akibat makanan yang tidak habis dimakan.
terdapat 3 masalah yang saya perasan pada peringkat pre conditioning di mana ikan betina tidak bertelur seperti diharapkan dan ada yang mati bila dicampurkan.
1. ikan betina masih belum bersedia untuk brtelur semasa
dicampur
2. pastikan terdapat jalur menegak terbentuk pada badan betina
ketika diacah ikan jantan jika tiada kena keluarkan betina dn
sambung preconditioning.
3. buih tiga lapis adalah tanda yang ikan jantan dah sedia tetapi
bukan penentu untuk ikan betina
Penjagaan rega - samb
rega dari tangki pertama mencapai umur 14 hari ni. secara teori dan praktikal pada hari ke14 rega ini akan pertama kalinya mengambil oksigen dari udara dan organ insang labyrinth terbentuk sepenuhnya.
dan secara rasmi ikan ni jadi air-breather
pastikan tangki pemeliharaan serasi ikan betina akan berenang seolah2 macam menari. Jangan panik jika ikan jantan mengigit sampai sirip betina jadi pecah2, kecuali yang jantan tu terlalu agresif gigit sampai separuh mati. ditutup supaya tiada angin atau udara yang sejuk berada di atas permukaan air. jika udara terlalu sejuk rega boleh terkena pneumonia cara depa la.
juga elakkan permukaan air dari terdapat lapisan debu atau sebarang bahan terapung yang boleh menghalang rega dari mengambil nafas.
0 Comments