PEMBENIHAN DAN TERNAKAN IKAN TILAPIA MERAH





PEMBENIHAN DAN TERNAKAN IKAN TILAPIA MERAH

1.0 Pendahuluan.
• Hasil kacukan antara Tilapia mossambica x Tilapia nilotica.
• Di bawa masuk ke Malaysia dari Thailand pada tahun 1984.
• Dipelihara & dibiakkan di PPA Enggor, PPA Jitra dan PPA Bukit Tinggi.
• Bersaiz antara 2.5 – 5.0 cm.
• Baka baru juga dibawa masuk oleh pengeluar benih ikan swasta dari Taiwan, Thailand dan Singapura.
• Kini terdapat beberapa veriety ikan tilapia di pasaran tempatan & antarabangsa.


2.0 Status Keperluan Benih Tilapia Merah.
• Pd masa ini pembiakan tilapia merah masih dijalankan secara pembiakan semulajadi dalam kolam tanah & bekas lombong.
• Jumlah benih yg diperolehi adalah terhad & saiz benih adalah pelbagai & sukar mendapat saiz benih yg hampir seragam.
• Pd. 2001 sebanyak 33,296,117 ekor benih tilapia telah berjaya dihasilkan.
• 5,223,506 ekor dihasilkan oleh PPA Jabatan.
• 28,072,611 ekor dihasilkan oleh hatcheri swasta.
• Pd. 2010 – 300 juta ekor benih tilapia merah diperlukan untuk hasilkan 120,000 tan metrik ikan tilapia merah.



• Ikan-ikan diperlukan untuk menampung keperluan ikan dalam negara dan pasaran eksport.
• Untuk mencapai matlamat ini sebanyak 30 buah pusat penetasan yang berkemampuan menghasilkan benih tilapia merah sebanyak 10 juta ekor setahun perlu dibangunkan sehingga tahun 2010.

3.0 Teknik pembiakan ikan tilapia merah.

3.1 Pembiakan semulajadi dalam kolam tanah.
• Teknik biasa diamalkan oleh penternak.
• Saiz kolam adalah 500 – 2000 m2
• Dalam air adalah 1.0 m & dalam kolam adalah 1.6 m.
• Tatacara pembiakan semulajadi adalah

• Penyediaan kolam pembiakan.
• Keringkan kolam pembiakan & bersihkan rumpai dan sampah sarap.
• Kapur kolam dgn kapur abu panas pd kadar


50 kg/01 hektar.
• Jemur kolam di bawah cahaya matahari selama 7 hari.

b. Memasukan air.
• Tutup pintu air keluar kolam dengan rapi.
• Pasangkan jaring pada saluran air masuk.
• Masukkan air ke dalam kolam sehingga ke paras 1.0 m

c. Membaja kolam.
• Gunakan baja triplesuperfosfat.
• Kadarnya adalah 2.0 kg/ 0.1 hektar.


• Masukkan baja ke dalam beg politin & rendamkan ke dalam kolam.
• Biarkan sehingga air berwarna hijau.
• Air yg berwarna hijau menunjukkan kolam tersebut kaya dengan fitoplankton.
• Setelah air kolam menjadi hijau, ini bermakna kolam tersebut telah sedia untuk menerima induk jantan dan betina.

3.2 Pembiakan semulajadi dalam kolam konkrit.
• Kolam konkrit atau tangki fibreglass.
• Lazimnya kolam konkrit digunakan.
• Saiznya antara 30 – 50 m2 & dalam 60 cm.


• Dalam air adalah 50 cm.
• Kolam perludiberi pengudaraan.
• Tatacara penyediaan kolam adalah spr berikut:-

• Penyediaan kolam pembiakan.
• Keringkan air & bersihkan dasar & dinding kolam dari sisa makanan dan najis ikan.
• Gunakan klorin untuk mencici dasar & dinding kolam bagi menanggalkan kekotoran dan lumut.
• Jemur kolam di bawah cahaya matahari selama 3 hari.


b. Memasukan air.
• Tutup pintu air keluar dgn rapi & buka paip air.
• Masukan air sehingga ke paras 50 cm.
• Kolam ini sedia menerima induk jantan & betina.

4.0 Pemilihan induk.
4.1 Induk betina.



Ciri-ciri induk betina yg sesuai utk pembiakan.

 Berumur melebihi 4 bulan.
 Saiz antara 250 – 500 gram.
 Perut yg besar & lembang ke kiri & kanan abdomen.
 Abdomennya lembut bila diurut.
 Kloakanya berwarna kemerah-merahan.
 Keluar telur yg bercerai apabila abdomennya dipicit perlahan-lahan.



4.2 Induk jantan.
Ciri-ciri induk jantan yang sesuai.
 Berumur melebihi 4 bulan.
 Saiz : 300 – 600 gram.
 Mempunyai bintil pembiakan yg panjang & berwarna kemerah-merahan pd hujungnya.
 Keluar sperma apabila abdomennya diurut perlahan-lahan.

5.0 Kadar perlepasan.
 Kadar perlepasan yg biasa digunakan ialah 1 : 3
 Satu ekor induk jantan dilepaskan bersama 3 ekor induk betina bagi setiap 1 meter persegi.
 Ada juga yg mengamalkan nisbah 1 : 4
 Bagi kolam seluas 1,000 m2 jumlah induk yang dilepaskan adalah 250 induk jantan dan 740 ekor induk betina.

6.0 Fekunditi.
 Fekunditi induk betina seberat 250 – 500 gram adalah 300 – 500 biji telur & bilangan ini bertambah mengikut saiz induk.
 Seekor induk betina mampu membiak 2 kali sebulan atau sekurang-kurangnya 10 hari sekali.

7.0 Melepaskan induk untuk pembiakan.
 Induk jantan & betina dilepaskan ke dalam kolam pembiakan pd waktu pagi atau lewat petang.
 Induk betina dilepaskan terlebih dahulu iaitu 3 hari sebelum induk jantan dilepaskan.
 Tujuannya untuk memberi peluang kpd induk betina menyesuaikan diri dgn keadaan kolam.
 Kemudian induk jantan dilepaskan.
 Induk jantan akan memeriksa induk betina & jika terdapat induk betina yang sedia untuk mengawan maka induk jantan akan mengiringi induk betina ke satu sudut yg sesuai utk mengawan.

 Induk jantan & betina bekerjasama membersihkan dasar kolam & membuat lubang sarang di permukaan dasar kolam.
 Saiznya adalah bergantung kpd saiz induk ikan.
 Proses mengawan bermula dengan induk betina melepaskan telur sedikir demi sedikit manakala induk jantan mengeluarkan sperma untuk mensenyawakan ke semua telur berkenaan.
 Selepas semua telur telah disenyawakan, induk betina akan mengutip telur untuk diramkan di dalam mulutnya.
 Induk betina akan menggerakkan telur-telur itu supaya tidak mendah di mulut.
 Tanpa pergerakan ini telur akan menjadi sambang dan kadar penetasan adalah rendah.

 Telur-telur tersebut akan menetas selepas 48 – 72 jam diramkan & bergantung kpd suhu air.
 Semasa menetas rega akan berada di dalam mulut ibunya.
 Induk betina akan mengasuh rega sehingga mampu berdikari & menjaga diri dari pemangsa.
 Selepas berumur 5 hari rega mula mencari makanan sendiri dgn pengawasan ibunya.
 Apabila ada ancaman dari musuh, induk betina akan membuka mulut & menyedut rega masuk ke dalam mulutnya.
 Selepas keadaan aman, induk betina akan membuka mulut & melepaskan rega.

 Proses ini akan berulang sehinggalah rega mampu berdikari iaitu selepas rega berumur 10 hari.

8.0 Teknik kutipan rega.
o Rega mula berenang bebas selepas 7 – 10 hari.
o Kerja-kerja mengutip rega dijalankan pd waktu pagi antara jam 6.00 – 8.00 pagi.
o Pd waktu ini kandungan D.O adalah rendah & memberi tekanan kpd induk & rega.
o Semasa D.0 rendah, induk akan melepaskan rega untuk bernafas.
o Semasa D.O rendah, rega berenang di permukaan air untuk bernafas.

o Pd masa ini kerja-kerja memungut rega dapat dijalankan dengan mudah.
o Rega dikutip dgn sauk halus.
o Rega dikumpulkan ke dalam bekas yg diberi pengudaraan.
o Gunakan air kolam yg sama utk mengumpulkan rega agar tidak ada kejutan perbezaan suhu air.
o Rega-rega yg telah dipungut sedia dipindahkan ke kolam asuhan.

9.0 Teknik kutipan telur.
 Merupakan teknologi baru.
 Selepas 10 hari induk dilepaskan ke dlm kolam

pembiakan, induk betina diperiksa mulutnya.

Ciri-ciri induk betina yg mempunyai telur di dalam mulutnya adalah seperti berikut :-

 Mulutnya mengembang & lebih besar dari biasa.
 Warna bahagian bawah mulutnya lebih terang.
 Agresif & garang.

 Kaedahnya adalah mudah.
 Tangkap induk betina & periksa mulutnya dgn membuka mulut setiap induk betina.


 Telur atau rega akan kelihatan apabila mulut dibuka.
 Keluarkan telur atau rega & masukan ke dalam bekas plastik.
 Telur-telur tersebut dikumpulkan di dalam bekas yg berasingan mengikut peringkat telur.
 Ada 4 peringkat telur seperti berikut :-
 Telur yg baru disenyawakan berwarna kuning pucat.
 Telur yg telah mengalami proses perkembangan
berwarna kuning tua.
 Telur yg telah berkenbang & ada bintik mata.
 Telur atau rega yg telah menetas.

 Telur-telur dibersihkan dari kekotoran spt najis, sisik dan lumut.
 Kelaskan telur-telur spt yg telah dinyatakan di atas.
 Tujuan untuk memastikan supaya hanya telur yg telah menetas pd tarikh yg sama akan diasuh dan diternak di dalam kolam yg sama.


10.0 Teknik penetasan telur dalam inkubasi.
 Merupakan teknologi bari di Malaysia.
 Teknologi ini sangat diperlukan kerana ia mampu melakukan penetasan telur dalam jumlah yang banyak & boleh dikomersialkan.
 Terdiri dari rak untuk menempatkan jar penetasan ( hatching jar ), jar penetasan muatan 2 liter, tangki bekalan air bersih, penapis untuk kitar semula air & peralatan sokongan.
 Setiap jar mampu mengeramkan 5,000 biji telur.
 Kadar penetasan adalah melebihi 90 %.
 Setiap unit inkubasi mempunyai 36 jar & mampu mengeramkan 180,000 biji telur dlm tempoh 10 hari atau 540,000 biji telur sebulan.


 Jar penetasan berfungsi seperti mulut ibunya.
 Telur ditempatkan di dalam jar penetasan dan air dialirkan dari atas jar secara berterusan.
 Laraskan kelajuan air untuk membentuk tekanan ke atas telur bagi membolehkan telur bergerak ke atas dan kebawah pd jarak 1 – 2 cm spt pergerakan dalam mulut ibunya.
 Selepas beberapa hari diramkan telur akan menetas menjadi rega.
 Rega akan bergerak mengikut arus air.
 Rega yg cergas akan keluar dari jar mengikut aliran air ke dulang rega yg tersedia dirak.
 Rega dibiarkan di dalam ruangan penetasan sehingga kuning diserap oleh badan.

11.0 Asuhan benih dalam kolam tanah.
• Rekabentuk & saiz kolam.
 Berbentuk segiempat bujur.
 Saiz : 200 – 1,000 m2.
 Dlm kolam 1.2 meter & dlm air adalah 1.0 m
 Ada punca air masuk & kolam boleh dikeringkan sepenuhnya secara graviti.

b. Penyediaan kolam asuhan.
 Mengeringkan kolam.
 Keringkan kolam.
 Bersihkan sampah sarap & rumpai.

 Jika dasar berlumpur, buangkan lumpur menggunakan pancutan air.

ii. Mengapur kolam.
 Kapur kolam dengan kapur abu panas pd kadar 50 kg/0.1 hektar kolam atau berdasarkan kpd pH dasar kolam.a
 Jemurkan kolam selama seminggu atau sehingga dasar kolam merekah.

iii. Memasukan air.
 Tutup pintu air dgn rapi agar air tidak mengalir keluar.
 Pasangkan jaring halus pd saluran air masuk.

• Tujuannya adalah supaya ikan liar, pemangsa danmusuh ikan tidak memasuki kolam.
• Masukkan air sehingga mencapai paras yg diperlukan atau sedalam 1.0 m. Biarkan kolam tersebut semalaman.

iv. Membaja kolam.
• Terdiri dari baja organan spt ami-ami dan baja kimia spt urea dan tripelsuperphosfat.
• Kadarnya 5 kg baja urea, 5 kg triplesuperphosfat & 50 kg ami-ami bagi kolam seluas 0.1 hektar.
• Biarkan baja tersebut selama 5 – 7 hari dan pada masa ini kolam tersebut kaya dengan pkankton.


c. Pengurusan Kolam Asuhan.
• Melepaskan rega.
• Rega yg dikutip dari kolam pembiakan dipindahkan ke kolam asuhan.
• Kadar perlepasan ialah 50 – 100 ekor/ m2 kolam asuhan.
• Sebelum rega dilepaskan ke dalam kolam asuhan, pastikan suhu air dlm bekas rega dan suhu kolam asuhan adalah sama.
• Bila suhu kedua-duanya adalah sama maka rega dilepaskan ke dalam kolam asuhan.
• Kaedahnya letakkan bekas rega dipermukaan air, masukkan air kolam sedikit demi sedikit

• Dan tenggelamkan bekas ke dalam kolam.
• Biarkan rega keluar dari bekas tanpa dipaksa.
• Jika keadaan air sesuai, rega akan terus berenang keluar dari bekas.
• Jika sebaliknya rega akan masuk semula ke dalam bekas.
• Rega yg akan dilepaskan akan terus berenang menerokai alam barunya sambil memakan planktonyg terdapat di dalam kolam asuhan.

ii. Pemberian makanan.
• Powder feed ( makanan serbuk ) mengandungi > 40 % protin.

• Makanan hidup seperti moina, cacing dan zooplankton.

Kadar pemberian makanan.
• 10 – 12 % dari berat badan.

Kaedah pemberian makanan.
• Powder feed – bancuh makanan dgn air &uli sehingg boleg dibentuk bola, Makanan itu dimasukan ke dalam dulang makanan. Selain dari itu tempelkan makanan pd binding kolam.
• Makanan hidup – telah disediakan dalam kolam. Selain dari itu makanan hidup ditabur ke dalam kolam.


iii. Pemantauan kualiti air.
• Dijalankan sekurang-kurangnya sekali semimggu.
• Pastikan bacaan mutu air berada pada tahap yg sesuai untuk benih hidup & membesar.



iv. Pemantauan kesihatan benih
• Perlu pantau tiap-tiap hari semasa memberi makanan kpd rega.
• Benih sering diserang oleh parasit dan serangga air.
• Antara parasit yg suka menyerang rega tilapia ialah kutu insang, protozoa,argulus dan lernaea.
• Benih yang diserang penyakit perlu diasingkan, didiagnosa dan diberi rawatan yang sesuai.


11.2 Asuhan dalam kolam konkrit.
a. Rekabentuk & saiz kolam.
• Bentuk yg sesuai adalah segiempat bujur, bulat dan elip.
• Saiznya : 3.0 x 5.0 x 0.6 hingga 200 m2
• Dibina dari konkrit dan kerangka tetulang besi pd bahagian lantai dan dinding kolam.
• Pintu air keluar terdiri dari saluran paip bergarispusat 10.0 – 15.0 cm.
• Ada sumber air yang mencukupi dan berterusan serta mudah dikeringkan secara graviti.

b. Penyediaan kolam.
• Membersihkan kolam.
• Memasukan air.

c. Pengurusan Kolam Asuhan.
• Melepaskan rega.
• Kadar perlepasan : 500 – 1000 ekor/m2
• Suhu.

ii. Pemberian makanan.
• Makanan hidup – moina
• Makanan rumusan – powder feed.



• Kadar pemberian makanan : 10 – 12 % bw.
• Kaedah pemberian makanan:
Moina – moina segar & beku terus diberi kpd
benih.
Cacing – cacing segar atau beku terus diberi kpd
benih.
Makanan rumusan – gaulkan makanan dgn air &
uli. Kepalkan & tempelkan pd dinding
kolam.



iii. Pemantauan Kualiti Air.
• Perlu pantau dari masa ke semasa.
• Pastikan bacaan parameter air sentiasa berada dalam julat sesuai untuk benih hidup & membesar.
• Jika mutu air merosot tukar air baru.
• Jika perlu tambah air hijau.
• Air hijau akan menyerap nitrat dan mutu air akan bertambah baik.

vi. Pemantauan kesihatan ikan.
• Rega yg diasuh dalam tangki juga kerap diserang penyakit.
• Terdiri dari penyakit reput sirip, bintik putih, kutu insang & lernae.
• Asingkan ikan sakit dan rawat.
• Kolam yg diserang penyakit perlu dirawat dgn betul agar kolam berkenaan bebas dari dari egen penyakit & penyakit tidak menular ke kolam lain.

12.0 Kutipan Hasil.
• Saiz ini sesuai dijual atau dilepaskan untuk ternakan.
12.1 Kolam tanah
• Saiz pasaran 2.5 cm selepas sebulan diasuh.
• Benih dipukat sehingga 80 peratus ditangkap.
• Bakinya ditangkap semasa kolam dikeringkan.
• Benih-benih ini dikumpulkan di dalam kolam simpanan selama semalam tanpa makanan.
• Tangki simpanan ini dibekalkan dengan air bersih dan alat pengudaraan.


12.2 Kolam Konkrit.
• selepas 21 hari benih mencapai saiz 2.5 cm.
• Jangan beri makan sehari sebelum kutipan hasil dijalankan untuk mengelakkan kematian benih semasa dalam perjalanan.
• Keringkan kolam dan kutip benih dan pindahkan ke tangki penyimpanan untuk dipasarkan.

13.0 Pengendalian & penghantaran benih.
13.1 Merehatkan ( conditioning ) benih ikan.
13.2 Merawat benih ikan.
13.3 Menyediakan beg pembungkusan.
- saiz beg plastik : 500 mm x 900 mm x 0.04 mm
13.4 Menganggarkan benih ikan.
13.5 memasukkan benih ke dalam beg plastik.
13.6 Gas oksigen.
13.7 Pengangkutan.

SEKIAN, TERIMAKASEH

Post a Comment

0 Comments